JOM BERSEDEKAH
YUPP didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Pahang dengan No. Pendaftaran : PPM-013 06-10102014 pada 10 Oktober 2014. Pengasas dan Pengerusi ialah Kapt. Dr Shamsudin bin Moner (B). YUPP adalah pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bertaraf peringkat negeri.
YUPP telah menjadi rakan strategik dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan dakwah dengan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (MSHAS) UIAM Kampus Kuantan dan telah diberi penghormatan oleh Masjid SHAS UIAM Kuantan Untuk Beroperasi dan beribu pejabat di masjid ini.
PPM-013 06-10102014 pada 10 Oktober 2014
PERANAN DAN FUNGSI YUPP
YUPP adalah satu wadah kepada kita semua yang sedia untuk menghulurkan tenaga, pemikiran dan masa secara sukarela dalam pengertian beribadah kepada Allah dalam menunaikan tanggungjawab kita sesama manusia (hablun minan-nas) , namun begitu YUPP ini ibarat satu bakul yang boleh dibawa ke pasar, yang menentukan jualan kita di pasar itu laku atau laris bukan bakul itu tetapi barangan yang kita muatkan di dalamnya. Tugas kami di YUPP hanyalah menyediakan bakul itu. Ibarat permit perniagaan dan papan iklan. Sekarang terserahlah kepada kita para sukarelawan dan juga pencinta kerja-kerja amal salih untuk menjual apa saja barang di pasar dengan menggunakan bakul itu sebagai wadah. Yang penting bukannya bakul ini tetapi apa yang kita jual dan pasarkan. Jika barang yang kita jual ini baik dan bermutu maka ramailah orang yang membelinya dan mendapat manfaat daripadaanya dengan syarat ianya diniatkan untuk keredhaan Allah.
Justeru, fungsi YUPP di dalam konteks masyarakat di negeri Pahang akan dipergiat dan diperluaskan bagi memudahkan urusan semua pihak dan meringankan beban bagi sesetengah kelompok masyarakat yang bergelut dengan keperitan kehidupan kini menerusi projek-projek amal prihatin ummah yang akan dilaksanakan oleh YUPP dari semasa ke semasa.
Menggerakkan aktiviti dakwah menerusi pendekatan kebajikan dan prihatin asnaf untuk menyantuni golongan yang kurang bernasib baik.
Melakukan kerja-kerja amal dengan pendekatan kerjasama pintar dengan masjid-masjid terpilih di Negeri Pahang bagi mendekatkan masyarakat dengan instiusi masjid agar konsep prihatin dihayati menerusi institusi masjid.
Melatih tenaga sukarelawan dakwah dan aktivis sosial untuk sentiasa prihatin dan peka terhadap masyarakat khususnya mereka yang memerlukan bantuan.
Menyantuni anak yatim dan miskin melalui program pendidikan.
Membantu kelompok asnaf dengan program pendidikan sepanjang hayat.
Menyediakan ruang dan peluang untuk sukarelawan berbakti kepada masyarakat.
KAPTEN (B) USTAZ SHAMSUDDIN HJ MONER
Pengerusi Pusat Yayasan Ummah Prihatin Pahang
Pengasas Pusat Tafiz Teknikal YUPP
USTAZ HILMI BIN M NOOR
CEO Pusat Yayasan ummah Prihatin Pahang
Pengurus Pusat Tahfiz Teknikal YUPP
Badan yang menguruskan segala aktiviti-aktiviti PUSTAKA Serta gerak kerja YUPP bersama agensi-agensi yang terlibat.
Pegawai Sistem Maklumat
Pegawai Pentadbiran
Pegawai Kewangan
Tenaga pengajar yang berpengalaman serta sentiasa memberikan komitment yang baik dalam membentuk pemikiran dan disiplin pelajar PUSTAKA
USTAZ UMAR FARUQI BIN NAJIMUDIN
Guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab
USTAZ NUR AIZZAT BIN MOHAMED
Guru Al-Quran & Bahasa Arab
MUHAMAD AFIQ AIMAN BIN ROSLI
Guru Bahasa Inggeris
Mengalas tanggungjawab makan dan minum pelajar serta baik pulih infrastruktur PUSTAKA
Pak Duan
Mak ani